Sempurnakah Cinta!?
Posted in Cinta on July 22nd, 2008 by megat
Siapa yang tidak mahukan kesempurnaan dalam apa jua yang diminati dan apa yang dilakukan. Begitu juga dalam percintaan, kau inginkan semuanya berlaku seperti dirancang dan secara tak langsung menggapai apa yang kau ingin miliki. Ternyata ianya tidak semudah yang disangka kerana ia bersifat subjektif dan memerlukan kerjasama yang kuat.
Ianya perlukan pengorbanan dari kedua-dua belah pihak. Ini adalah kerana cinta manusia terlibat dengan dua jasad dan dua jiwa. Jika ianya terjadi dalam keadaan hanya sebelah pihak sahaja maka ia gagal sama sekali. Walaupun tidak terjadi dalam masa terdekat, ia tetap berlaku dalam tempoh tertentu. Tidak semua memiliki nasib yang baik dalam hidup bercinta. Ada yang pada mulanya indah tetapi sekian lama ianya menjadi semakin pudar.
Untuk capai tahap hampir sempurna, kau harus ketahui yang pasangan kau betul-betul menyukai akan diri kau, sanggup berkorban demi kau (kecuali tubuh badan) dan ambil berat akan apa yang terjadi pada diri kau.
Pernahkah kau merasai hebatnya bercinta? Jika kau pernah merasainya, war-warkanlah kehebatan untuk kau berkongsi bersama kau yang belum pernah kenal cinta atau dengan kau yang tidak merasai cinta sebenar. Sudah tentu kau pernah merasai seperti kata-kata orang tua “mandi tak basah. makan tak kenyang. tidur tak lena”!