Archive for the 'Kecewa' Category

Cinta, Luka Dan Airmata

Posted in Cinta, Kecewa on July 22nd, 2008 by megat

Pernahkah kau merasai hebatnya bercinta? Jika kau pernah merasainya, war-warkanlah kehebatan untuk kau berkongsi bersama kau yang belum pernah kenal cinta atau dengan kau yang tidak merasai cinta sebenar. Sudah tentu kau pernah merasai seperti kata-kata orang tua “mandi tak basah. makan tak kenyang. tidur tak lena”!

Benarkah cinta itu buta!? Apa pendapat kau? Jika benar apakah kejadian atau peristiwa manis yang kau boleh jadikan bukti yang cinta itu buta!? Kongsikanlah semoga ianya menjadi pentunjuk dan pedoman tentang kebenaran cinta.

Ya jika kau pernah merasai kehebatannya cinta, aku harap ia berkekalan sehingga akhir hayat dan mengecapi setiap saat kebahagiaan. Apa lagi yang kau pinta selain ianya menjadi impian setiap pasangan bercinta supaya kekal hingga akhir hayat.

Tapi kau jangan lupa setiap suka ada juga duka. Memang kita tidak mahu ianya terjadi sebaliknya tetapi sebagai seorang manusia yang beragama islam kita wajib percaya pada qada’ dan qadar. Jadikan ia pengalaman yang istimewa sebagai manusia biasa kerana ianya tidak berlaku kepada semua pasangan.

Tags: , ,