Tentang
Blog diwujudkan untuk penulis berkongsi segala yang berkaitan dengan hubungan istimewa antara kaum adam dan hawa. Dalam hubungan yang terjalin sudah tentu adanya suka dan duka, maka penulis akan menulis dari hasil pengalaman penulis serta memperbincangkan tentang sesuatu topik menarik mengenai perasaan istimewa tersebut.
Dengan harapan semoga penulis dapat berkongsi pengalaman dengan pelawat-pelawat dan langsung menjadi pedoman demi menjadi hubungan yang lebih bahagia. Walaupun blog ini diberi tajuk ‘Lukajiwa’, ianya tak bermaksud penulis akan menulis perihal kesakitan atau kekecewaan dalam bercinta sahaja.